Monday, October 3, 2011

Produk Baru dari Haniis Enterprise...

Haniis Enterprise telah berpindah dari Kota Bharu ke Pasir Mas...
Buat masa ini, tempat memproses produk Haniis Enterprise adalah di Kg Atas Pinggir,Pasir Mas.
Kami telah mula mengusahakan beberapa produk baru. Antaranya...




Makaroni Bakar

                                                           Cucur Betawi

                                                             Cup cake


                                                               Cup Cake


                                                             Kek Hari Jadi




Kami sedia menerima tempahan pada bila2 masa..
Untuk tempahan, sila hubungi alamat @ no telefon yang tertera..

Saturday, February 5, 2011

Sedia menerima tempahan...





Kami sedia menerima tempahan kek, biskut, tat, puding, cream puff serta kuih2 melayu. Tidak kira untuk hari raya atau sebarang majlis jamuan.

Pasar Minggu @ Taman Bendahara

Selain kueh segera kami turut memproses sos pencicah. Sos pencicah ini semakin mendapat sambutan.
Untuk mempromosikan produk ini, kami telah menghantar produk ini ke beberapa kedai yang menjual keropok dan juga ke beberapa buah sekolah. Sos pencicah ini sedap dimakan dengan keropok, makanan bergoreng seperti ayam, ikan, makanan laut dan sebagainya. Dalam langkah promosi terbaru, kami menjual cendawan tiram goreng berempah yang begitu enak dimakan bersama sos pencicah kami.




Thursday, January 20, 2011

Bermulanya di sini...

Puan Rosni bt Che Abdullah telah memulakan perniagaan kuih segera pada tahun 1992. Beliau bermula secara tidak langsung apabila secara kebetulan menerima tempahan kuih pau / roti kukus daripada rakannya. Lama-kelamaan timbul rasa seronok menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini. Lalu, beliau mula mengikuti beberapa kelas masakan. Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang agak besar, beliau nekad untuk menambah lagi pengetahuan dan kemahirannya dalam pembuatan pelbagai jenis kuih muih. Antara kelas yang telah beliau sertai adalah, kursus membuat kuih muih, kursus membuat pelbagai jenis kek dan kursus membuat pelbagai jenis biskut.


Melihat sambutan yang diberikan rakan dengan menempah pelbagai kuih muih daripadanya, memberi keyakinan untuk beliau untuk menjadikannya satu cabang pendapatan. Setelah dua tahun membanting tulang, Puan Rosni akhirnya bertekad untuk memulakan perniagaan pada tahun 1994 bermodalkan sebanyak RM 1,000 dan seorang pembantu. Dengan modal sekecil itulah bermulanya Haniis Enterprise yang menjual serta menerima tempahan pelbagai kuih segera selain menyediakan perkhidmatan katering. Setahun kemudian, berkat bantuan pembantu dan suami beliau dapat menambah lagi dua pekerja untuk melancarkan lagi kerja-kerja pembuatan kuih. 


Tahun demi tahun berlalu, perniagaanya bertambah maju. Beliau turut mengadakan kursus membuat kuih-muih, kek dan biskut bagi mereka yang berminat pada setiap hari Jumaat di kedainya dengan kadar bayaran yang berpatutan mengikut jenis kelas yang diikuti. Beliau juga memasarkan produknya ke beberapa negeri seperti Terengganu, Kuantan dan Negeri Sembilan melalui ejen yang berminat memasarkan produknya. 


Pada tahun 2009, dengan hasil kerjanya selama lima belas tahun menjalankan perniagan makanan sejuk beku ini.Terhasil lah HR FOOD INDUSTRIES yang kini memproses pelbagai kuih segera dengan menggunakan alatan dan dan mesin yang lebih besar dan canggih.