Thursday, January 20, 2011

Bermulanya di sini...

Puan Rosni bt Che Abdullah telah memulakan perniagaan kuih segera pada tahun 1992. Beliau bermula secara tidak langsung apabila secara kebetulan menerima tempahan kuih pau / roti kukus daripada rakannya. Lama-kelamaan timbul rasa seronok menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini. Lalu, beliau mula mengikuti beberapa kelas masakan. Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang agak besar, beliau nekad untuk menambah lagi pengetahuan dan kemahirannya dalam pembuatan pelbagai jenis kuih muih. Antara kelas yang telah beliau sertai adalah, kursus membuat kuih muih, kursus membuat pelbagai jenis kek dan kursus membuat pelbagai jenis biskut.


Melihat sambutan yang diberikan rakan dengan menempah pelbagai kuih muih daripadanya, memberi keyakinan untuk beliau untuk menjadikannya satu cabang pendapatan. Setelah dua tahun membanting tulang, Puan Rosni akhirnya bertekad untuk memulakan perniagaan pada tahun 1994 bermodalkan sebanyak RM 1,000 dan seorang pembantu. Dengan modal sekecil itulah bermulanya Haniis Enterprise yang menjual serta menerima tempahan pelbagai kuih segera selain menyediakan perkhidmatan katering. Setahun kemudian, berkat bantuan pembantu dan suami beliau dapat menambah lagi dua pekerja untuk melancarkan lagi kerja-kerja pembuatan kuih. 


Tahun demi tahun berlalu, perniagaanya bertambah maju. Beliau turut mengadakan kursus membuat kuih-muih, kek dan biskut bagi mereka yang berminat pada setiap hari Jumaat di kedainya dengan kadar bayaran yang berpatutan mengikut jenis kelas yang diikuti. Beliau juga memasarkan produknya ke beberapa negeri seperti Terengganu, Kuantan dan Negeri Sembilan melalui ejen yang berminat memasarkan produknya. 


Pada tahun 2009, dengan hasil kerjanya selama lima belas tahun menjalankan perniagan makanan sejuk beku ini.Terhasil lah HR FOOD INDUSTRIES yang kini memproses pelbagai kuih segera dengan menggunakan alatan dan dan mesin yang lebih besar dan canggih.